Sunday, 16 December 2012
Nota Sumber Inspirasiku
BAB 1 : ASAS KEPADA PERDAGANGAN
PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK
|
Keperluan
|
Kehendak
|
|
Mesti dipenuhi untuk terus hidup
Makanan,Pakaian, Rumah
|
Untuk hidup dengan lebih selesa
Kereta, tilam,TV
|
|
Sama untuk semua orang
|
Berbeza ikut taraf hidup
|
|
Tuntutan semulajadi
|
Dari pengalaman
|
|
Mudah dipuaskan
|
Tidak terhad
|
|
Mengikut peringkat -Maslow
|
Tiada keutamaan
|
KEPERLUAN MENGIKUT HIERARKI MASLOW
Keperluan Fisiologi
- Pada tahap ini manusia ada 2 keperluan
- Keperluan Asas – udara, makan,minum,tidur,
rehat,kesihatan
- Keperluan Keselamatan – perlindungan –pakaian,
tempat tinggal
Keperluan Sosial
- Ada 2 keperluan pada tahap ini.
- Keperluan Kasih Sayang – persahabatan, keluarga
- Keperluan Penghargaan – pujian dan sanjungan
Keperluan Rohani
- Tahap paling tinggi – agama, capai cita-cita
- Juga dipanggil sempurna kendiri
PENGELUARAN
Pengeluaran
- aktiviti menghasilkn barangan untuk memenuhi
keperluan dan kehendak
- proses mencipta nilai faedah
Nilai Faedah Bentuk
- Megubah bentuk kepada sesuatu yang lebih berguna
Nilai Faedah Masa
- Menyimpan barang hingga diperlukan
Nilai Faedah Milikan
- Tukar milik kepada yang lebih memerlukan
Nilai Faedah Tempat
- Pindah barang ke tempat yang mempunyai permintaan
Jenis Pengeluaran
- Pengeluaran Langsung – sara diri
- Pengeluaran tak langsung - perlu bantuan
pihak lain
Cabang Pengeluaran
- Perusahaan – Ekstraktif, Perkilangan, Pembinaan
- Perdagangan
- Khidmat Langsung
FAKTOR PENGELUARAN
- Tanah – bahan mentah/galian/hasil hutan
- Buruh – usaha manusia secara fizikal/mental
- Usahawan – menggabungjalin faktor pengeluaran
- Modal – Harta benda,sumber kewangan
Usahawan
Ø Usahawan – individu yang menggabungkan 4 faktor pengeluaran bagi
megeluarkan barangan.
Ciri-ciri Usahawan
- Kreatif – berupaya mencipta
- Inovatif – boleh mengubah suai
- Berani menghadapi risiko
- Berkebolehan mengurus
- Rajin
- Yakin
- Berjimat
- Tabah
- Berusaha
- Bertanggung jawab
- Berpandangan jauh
- Bijak merebut peluang
- Membuat keputusan yang bijak
Peranan Usahawan
- Memenuhi keperluan dan kehendak mesyarakat dengan
mencipta barang baru
- Mewujudkan peluang pekerjaan
- Meningkatkan taraf hidup
- Mempelbagaikan kegiatan ekonomi
- Menggerakkan pertumbuhan ekonomi
- Menggalakkan pertukaran wang asing
Beza Perniagaan dan Usahawan
|
Peniaga
|
Usahawan
|
|
Menjalankan aktiviti jual beli sahaja
|
Melipiti penciptaan dan pengubahsuaian barang
|
|
Matlamat untuk untung sahaja
|
Sebahagian untung disalur kepada masyarakat
|
|
Memenuhi keperluan pelanggan setempat sahaja
|
Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat dan
pasaran yang lebih luas.
|
SISTEM BARTER
- Aktiviti barang tukar dengan barang
- Tidak gunakan wang atau orang tengah
Syarat Sistem Barter
- Kemahuan serentak
- Ada lebihan barang
Masalah Sistem Barter
- Sukar mendapatkan kemahuan serentak
- Sukar tetapkan nilai barang
- Sukar tetapkan kadar pertukaran
- Sukar membahagi barang – contohnya barang hidup
- Barang tidak tahan lama
- Sukar mengangkut barang- jika saiz besar/banyak
PENGKHUSUSAN
Maksud Pengkhususan
- Melakukan kerja ikut kemahiran/kebolehan
- Bagi memenuhi keperluan dan kehendak
Jenis Pengkhususan
- Pengkhususan mengikut profesion
- Kerja berdasarkan pengetahuan – cth:
Guru,doktor,polis dll
- Pengkhususan mengikut proses
- Pembahagian kerja dikilang
- Pengeluaran dibahagi kepada beberapa proses
- Cth: pasang pintu, pasang kusyen, sembur cat dll
- Pengkhususan mengikut kawasan
- Perbezaan jenis pengeluaran mengikut kawasan
dalam negara
- Cth: Pontian – Nanas, Kedah – padi , P.Pinang –
Kilang
- Pengkhususan antarabangsa
- Perbezaan pengeluaran antara negara
- Cth: Brunei- minyak, Jepun – barang elektronik
Kelebihan Pengkhususan
- Meningkatkan pengeluaran
- Menggalakkan pengeluaran besar-besaran/menikmati
ekonomi bidangan
- Meningkatkan kualiti
- Mengurangkan kos buruh dan kos seunit barang
- Jimat masa dan tenaga kerana guna mesin
- Meningkatkan kemahiran
- Boleh menumpu pada bidang yan ada kebolehan
- Meningkatkan peluang pekerjaan
Kekurangan Pengkhususan
- Pekerja mudah bosan
- Hanya mahir dalam satu proses pengeluaran
- Tidak kreatif
- Susah berpindah ke pekerjaan lain
- Kos beli mesin mahal
- Saling bergantungan satu proses dengan yang lain
- Boleh tergendala jika satu proses terhenti
- Kos latih pekerja mahal
- Penggangguran naik kerana banyak guna mesin\
BAB 2 : UNSUR PERDAGANGAN
Maksud
Perdagangan
- agihan barang
- daripada pengeluar ke pengguna
Maksud
Perniagaan
Ø jual beli barang
Ø dapat untung
Ø jual beli barang
Ø dapat untung
Perbezaan
Perdagangan dengan Perniagaan
|
Perdagangan
|
Perniagaan
|
|
Merupakan cabang pengeluaran
|
Merupakan cabang perdagangan
|
|
Agih barang
|
Beli dan jual barang
|
|
Tujuan agih barang
|
Tujuan dapat untung
|
|
Daripada perniagaan dan bantuan perniagaan
|
Terdiri daripada perniagaan dalam negeri dan
perniagaan antarabangsa
|
Peranan
Bank
- Ø Ada
kemudahan pembayaran seperti cek, pindahan kredit
- Ø Ada kemudahan simpan wang seperti akaun
simpanan, akaun semasa
- Ø Beri modal melalui pinjaman / overdraf
- Ø Beri khidmat nasihat
- Ø Lain-lain perkhidmatan seperti:
· pertukaran matawang asing
· cek
kembara
· peti simpanan
selamat
Peranan
Insurans
- Ø Beri
perlindungan daripada risiko yang boleh diinsuranskan seperti kebakaran,
kecurian, kemalangan
- Ø Bayar premium, dapat gantirugi, dapat memulihkan
kepada kedudukan asal
- Ø Berniaga lebih yakin, berani kembang perniagaan
- Ø Wujudkan peluang perniagaan
- Ø Contoh insurans: insurans kebakaran, insurans
kecurian
Peranan
Pengangkutan
- Ø Bawa
barang
· dari tempat lebih ke tempat kurang
· selaras permintaan dan penawaran
· stabilkan harga
- Ø Edar
barang ke merata dunia
· pasaran lebih luas
· pilihan pengguna banyak
- Ø Peniaga
mudah dapat bekalan bahan mentah
- Ø Galakkan pengeluaran secara besar-besaran
- Ø Elakkan pembaziran
- Ø Memudahkan mobiliti / pergerakan tenaga buruh
- Ø Mengurangkan kos penyimpanan stok / kos gudang
- Ø Galakkan pertumbuhan ekonomi
· mewujudkan peluang pekerjaan
· mengurangkan kadar pengganguran
· meningkatkan taraf hidup masyarakat
· meningkatkan pendapatan negara
- Ø Galakkan
penyebaran sains dan teknologi
- Ø Galakkan kemasukan pelaburan dan pelancongan
Peranan
Pergudangan
- Ø Pengeluaran besar-besaran berterusan
- Ø Simpan bekalan berlebihan
·
bekalan berterusan
- Ø Selaraskan permintaan dan penawaran
·
stabilkan harga
- Ø Kerja akhir dapat dilakukan seperti menimbang,
membungkus.
- Ø Penyetoran sejuk elakkan barang rosak seperti
daging, buahan
- Ø Lindungi risiko kecurian / selamat
- Ø Sedia tempat pamer barang
·
boleh periksa barang sebelum beli
·
dengan adanya Gudang Bayar dan Bawa
- Ø Gudang berbon mudahkan aktiviti impot dan ekspot
Peranan Promosi
- Ø Perkenalkan barang
- Ø Beri maklumat
·
pengguna mudah pilih
- Ø Wujudkan permintaan
·
pujuk pengguna beli
- Ø Tingkatkan daya saing
- Ø Didik orang ramai guna barang
- Ø Tingkatkan jualan / untung
- Ø Tingkatkan imej barang / syarikat
- Ø Meluaskan pasaran
Peranan
Komunikasi
- Ø Hubungi pembekal / pelanggan
·
secara lisan (telefon, radio) dan tulisan (surat,
telegram)
- Ø Sampaikan maklumat / pesanan
- Ø Hantar dokumen / bayaran kepada pembekal
- Ø Urusniaga cepat
·
melalui teleks , telefon
- Ø Agihan tepat pada masanya
- Ø Memudahkan promosi
·
meningkatkan jualan / untung
- Ø Luaskan pasaran
- Ø Mudahkan pentadbiran dan kawalan perniagaan
- Ø Kurangkan risiko kerugian / kerosakan
Perkaitan
antara Pengeluaran , Perdagangan dan Perniagaaan
- Ø Pengeluaran hasilkan barang dan perkhidmatan
·
untuk puaskan kehendak manusia
- Ø Pengeluaran libatkan faktor pengeluaran
·
seperti buruh, modal, tanah dan usahawan
- Ø Barang perlu agihkan ke pasaran
·
maka ia perlukan perdagangan
- Ø Perdagangan ialah proses agih barang
·
dari pengeluar kepada pengguna
- Ø Proses agihan dilakukan oleh perniagaan dan
bantuan perniagaan
- Ø Perniagaan ialah aktiviti jual beli untuk dapat
untung
- Ø Bantuan perniagaan terdiri daripada bank,
promosi, pergudangan, insurans pengangkutan dan komunikasi
- Ø Perniagaan adalah cabang perdagangan
- Ø Perdagangan adalah cabang pengeluaran
CARA MEMULAKAN
PERNIAGAAN
Ø Memulakan
sendiri
· menubuhkan sesuatu perniagaan baru atas usaha sendiri.
· usahawan perlu modal, pengetahuan, pengalaman, minat dan kebolehan.
· usahawan bebas menguruskan perniagaan mengikut gaya dan
kreativiti sendiri.
Ø Mengambil alih
· membeli sesebuah perniagaan yang sedia wujud.
· perniagaan yang di ambil alih menguntungkan dan berpotensi maju.
· pengambilalihan perniagaan yang berprestasi baik disebut ‘muhibbah’
(goodwill) dan perlu membayar ‘wang muhibbah’.
Ø Warisan
· mewarisi perniagaan daripada ahli keluarga. Contoh kedai kain
Globe Silk Store
Ø Francais
· hak atau kebenaran untuk menjual barang syarikat lain yang sudah
terkenal dengan menggunakan jenama dan logonya.
· Syarikat yang diberi hak ialah francaisi.
· Syarikat yang memberi hak francais dikenali francaisor.
· Francaisi dibantu dan dibimbing oleh francaisor
o
sebagai balasan francaisi dikehendaki membayar royalti
dan
mematuhi syarat.
· Contoh Marrybrown, England Optical
Ø Diundang
· usahawan dijemput menyertai sesebuah perniagaan sebagai rakan
kongsi atau pemegang saham
· dijemput kerana kepakaran, pengalaman, modal atau keistimewaan yang
diperlukan untuk mengendalikan perniagaan.
Faktor
Dipertimbangkan Sebelum Memulakan Perniagaan
- Mempunyai minat, pengetahuan dan pengalaman.
- Memastikan modal mencukupi
- Memastikan jenis perniagaan diceburi sesuai
dengan kelayakan dan berpotensi maju.
- Mematuhi syarat dan peraturan perundangan dan akta
perniagaan seperti Akta Jualan Barang 1957 dan Akta Kawalan Harga
1973.
- Lokasi sesuai dan strategik serta mengambil kira kos sewa, kadar
upah, persaingan ,peraturan kerajaan tempatan dan kuasa beli
penduduk.
- Memastikan sumber bekalan mencukupi dan mudah diperolehi.
- Mengenalpasti bilangan dan kekuatan pesaing serta
merancang strategi menghadapinya.
Pengendalian
Perniagaan
- Pengurusan stok
- stok ialah barang yang disimpan untuk dijual
pada suatu masa akan datang
- pengurusan stok melibatkan aspek:
· Mendapatkan bekalan stok
· Memeriksa stok
· Merekod stok
· Menyimpan dan mengawal stok
· Memperaga stok
· Pengurusan kewangan
melibatkan:
o
Penyimpanan rekod perakaunan dengan sempurna
-Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci
Kira-Kira
o
Penganalisaan prestasi berdasarkan rekod simpanan
-dinilai daripada jumlah
untung kasar dan untung bersih
serta mencari pulangan modal.
- Pengambilalihan tindakan susulan untuk atasi
kelemahan dan meningkatkan prestasi perniagaan.
- kurangkan perbelanjaan, syarat kredit yang lebih
ketat, tingkatkan promosi.
- Pengurusan sumber manusia
- Meningkatkan kecekapan pekerja melalui
pengkhususan dan latihan kemahiran
- Menjaga kebajikan pekerja seperti menyediakan
tempa penginapan,
gaji, bonus, perubatan percuma serta kemudahan riadah dan ibadat.
- Mewujudkan hubungan yang baik, mesra dan
harmonis antara pekerja dan majikan.
- Mematuhi undang-undang berkaitan hak
pekerja seperti Akta Pekerja 1955. Akta Keselamatan Sosial 1969 dan
Ordinan KWSP 1955.
- Pengurusan masa
- usahawan perlu menyusun dan merancang aktiviti
menurut keutamaan
dan penggunaan masa secara produktif.
- Pengurusan pelanggan melibatkan 3 aspek:
ü Memahami sifat
pelanggan
ü Mengenalpasti
jenis pelanggan
ü Mengetahui cara
melayan pelanggan.
- Pengurusan risiko ada tiga jenis risiko
ü Risiko boleh
diinsuranskan iaitu kejadian dapat
diramalkan seperti kebakaran
ü Risiko tidak
boleh diinsuranskan iaitu tidak dapat diramalkan
secara statistik dan kadar premium tidak dapat
ditentukan
seperti peperangan
ü Risiko yang
tidak boleh diinsuranskan tetapi boleh dikawal seperti
kerugian yang berpunca spekulasi pelaburan.
- Pengurusan maklumat
o
maklumat perniagaan perlu disimmpan, dianalisis dan
dikawal demi menjamin keberkesanan pengurusan.
o
pengurusan teknologi maklumat (komputer) dapat
membantu
pengurusan maklumat dengan cekap.
Jenis Milikan
Tunggal
Milikan Tunggal
- perniagaan dimiliki seorang sahaja dan didaftar
atas namanya
- dasar dan keputusan perniagaan ditentukan oleh
pemilik
- pemilik menanggung liabiliti tidak terhad
- keuntungan tertakluk kepada cukai pendapatan
individu.
Cara Menubuhkan Milikan Tunggal
- Mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1965
o
Permohonan carian nama – Borang PNA 42
o
Permohonan mendaftar nama perniagaan – Borang A
o
Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan mempamerkan
- Borang D
Perkongsian
- perniagaan dimiliki oleh dua orang dan tidak
melebihi 20 orang
- pendaftaran dibuat atas nama rakan kongsi dibawah
Akta Perkongsian 1961
- ada tiga jenis rakan kongsi
o
Rakan kongsi aktif – menyumbang modal dan terlibat
aktif
dalam perniagaan
o
Rakan kongsi lelap – menyumbang modal tetapi tidak
terlibat dalam perniagaan.
o
Rakan kongsi nominal – tidak menyumbang modal tetapi
membenarkan nama disenaraikan sebaga salah seorang pemilik.
- semua rakan kongsi menanggung liabiliti tidak
terhad
- agihan untung rugi dikongsi bersama mengikut
nisbah yang telah ditetapkan.
- keuntungan perkongsian tertakluk kepada
cukai pendapatan perseorangan.
Cara Menubuhkan Perkongsian
- sama seperti penubuhan Milikan Tunggal kecuali
mengisi Borang A - Halaman 3
o
Permohonan carian nama – Borang PNA 42
o
Permohonan mendaftarkan perniagaan – Borang A
o
Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran dan dipamerkan
Syarikat
Sendirian Berhad
- mempunyai antara 2 – 50 pemegang saham
- perkataan “sendirian” bermaksud pemilik syarikat
terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai.
- semua pemilik menanggung liabiliti terhad
- saham tidak dijual kepada orang ramai dan pindah milik saham dibuat
dengan persetujuan ahli
- syarikat ditadbir oleh lembaga pengarah yang juga merupakan pemegang
saham syarikat itu.
- keuntungan syarikat diagihkan kepada pemegang syer dalam bentuk
dividen dan sebahagian disimpan sebagai rezab.
Cara Menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad
- ditubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965
o
Permohonan untuk carian nama – Borang 13A
o
Permohonan untuk mendaftar syarikat dengan mengemukakan:
ü Tatawujud
syarikat – dokumen mengenai fakta penubuhan syarikat
ü Tataurus
syarikat – mengenai peraturan dan prosedur pengurusan dalam syarikat.
ü Borang 6
(Perakuan Pematuhan)
ü Borang 48 A
(Akuan berkanun perlantikan pengarah/penaja)
ü Borang 48 F
(Pengakuan sebelum perlantikan sebagai setiausaha)
o
Serahan dokumen
o
Pengeluaran dan mempamerkan sijil perakuan
pemerbadanan syarikat - Borang D
Syarikat Awam
Berhad
- perkataan awam bermaksud supaya boleh dijual
kepada orang ramai dengan menerbitkan ‘prospektus’.
- saham boleh dijual kepada orang ramai dan boleh
dipindah milik melalui bursa saham.
- pemegang saham dua orang dan tiada bilangan
maksimum.
- pemegang saham menanggung liabiliti terhad
- disenaraikan di bursa saham
- Pentadbiran syarikat diserah kepada Lembaga
Pengarah yang dilantik .
- Pemegang syer yang memiliki lebih 51% akan menguasai Lembaga
Pengarah dan kawalan syarikat
- ahli Lembaga Pengarah tidak semestinya pemegang saham
- Kedudukan kewangan mesti diumumkan kepada orang ramai setiap
tahun.
- cukai syarikat awam berhad lebih tinggi iaitu 28%.
Cara Menubuhkan Syarikat Awam Berhad
- sama seperti syarikat sendirian berhad tetapi:
o
Tatawujud syarikat memperihal pembatalan Seksyen 15,
Akta Syarikat 1965
o
Menggunakan Borang 8 bukan Borang 9
o
Mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti berkaitan
prospektus dan penyenaraian syer di bursa saham.
o
Pengedaran borang permohonan syer dan prospektus
o
Peruntukan syer akan dibuat melalui cabutan jika syer
dipohon melebihi jumlah yang ditawarkan
o
Pengeluaran sijil perakuan perniagaan oleh Pendaftar
Syarikat.
KOPERASI
- Prinsip koperasi:
o
keanggotaan secara sukarela dan terbuka
o
kawalan secara demokratik oleh anggota
o
kebebasan dan autonomi
o
penglibatan dalam pendidikan latihan dan sebaran
maklumat koperasi
o
perhatian terhadap kebajikan masyarakat dan sosial.
- berasaskan prinsip tolong-menolong dan
mementingkan kebajikan anggotanya
- jenis koperasi seperti koperasi kredit, koperasi
bank koperasi pengguna
- contoh Syarikat Koperasi Guru-Guru Malaysia
- pemilik ialah pemegang syer dan bilangan minimum pemegang syer ialah
100 dan tiada had maksimum.
- setiap anggota tidak boleh memiliki syer melebihi 28%.
- koperasi ditubuhkan mengikut Akta Koperasi Malaysia 1993
- liabiliti terhad
- koperasi dikawal oleh Lembaga Pengarah yang dipilih semasa
mesyuarat agung.
- Agihan lebihan (keuntungan), 12 % disimpan sebagai Simpanan Kumpulan
Wang Rezab dan baki diagih dalam bentuk dividen.
- Rebat dibayar berasaskan jumlah belian.
- Koperasi dikecualikan cukai
Cara menubuhkan koperasi:
- Permohonan menubuhkan koperasi melalui Jabatan
Pembangunan Koperasi
- Menubuhkan jawatankuasa penaja
- Mengadakan mesyuarat agung
- Memohon mendaftar koperasi kepada Pendaftar
Negeri.
- Pengeluaran sijil perakuan pendaftaran.
Perbadanan Awam
· ditubuhkan oleh kerajaan melalui Akta Parlimen untuk menyediakan
perkhidmatan dan kemudahan asas seperti perubatan, pendidikan dan pembinaan
infrastruktur.
· ditadbir sepenuhnya oleh kerajaan di bawah tanggungjawab menteri yang membentuk
satu lembaga untuk pengurusan.
· Contoh perbadanan awam ialah KWSP dan JKR.
Penswastaan
- merupakan satu proses pemindahan kuasa kawalan,
kepentingan dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.
- sektor swasta dijadikan sebagai rakan kongsi
sektor awam dalam pembangunan negara dalam pembangunan dan pertumbuhan
ekonomi negara.
- Contoh: Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan
Tenaga Nasional Berhad.
Tujuan :
- Mengurangkan beban kewangan kerajaan
- Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
- Meningkatkan kecekapan dan produktiviti
- Menggalakkan agihan dan penggunaan sumber lebih
cekap
- Memberi manfaat kepada kakitangan dan rakyat
Subscribe to:
Posts (Atom)